Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF diniagakan lemah apabila ia menyaksikan penurunan daripada tahap 0.9665 hingga ke tahap 0.9523 semalam. Hari ini, pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi sokongan yang kuat pada tahap 0.9523. Oleh itu, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan cuba mendekati tahap harga tersebut untuk mengujinya semula dan membentuk 'double top'. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan baru 0.9523; Untuk membentuk saluran menaik. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan bergerak di antara tahap 0.9523 dan 0.9665. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama terletak pada tahap 0.9665, manakala rintangan serta-merta terletak pada tahap 0.9590. Kami juga turut menjangkakan bahawa harga akan menguji tahap 0.9665 tidak lama lagi. Selain itu, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.9665, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikkan harga di atas tahap 0.9665. Penembusan sasaran itu akan mendorong pasangan mata wang ini untuk bergerak lebih tinggi menuju ke tahap 0.9746. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas kawasan 0.9523 dengan sasaran pertama pada tahap 1.9590 dan diikuti tahap 0.9665 dan 0.9746. Sebaliknya, jika pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.9590; maka pasaran dijangkakan akan melanjutkan aliran menurun sehingga mencecah ke tahap 0.9453 (sokongan harian 3).