Ringkasan gelombang:
Pasangan mata wang EUR/NZD masih terperangkap di dalam julat harga 1.5577 - 1.5730. Kami masih menunggu penembusan harga di atas rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.5730 dan lebih penting lagi adalah penembusan harga di atas tahap rintangan 1.5899 untuk mengesahkan kenaikkan impulsif yang seterusnya ke arah 1.6236 dan lebih tinggi.
Penembusan harga di bawah tahap 1.5577 akan melambatkan jangkaan kenaikkan impulsif yang lebih tinggi, walau bagaimanapun sokongan yang terletak pada tahap 1.5419 harus melindungi aliran menurun.
Cadangan Dagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR daripada tahap 1.5510 dengan Stop Loss diletakkan pada tahap 1.5410. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.5577 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5730 dengan stop loss diletakkan pada tahap yang sama.