Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat sedang meneruskan pergerakkan menurun daripada tahap 0.7421. Semalam, pasangan mata wang ini diniagakan susut daripada tahap 0.7421 (tahap 0.7421 adalah bertepatan dengan nisbah 61.8% Penarikan Semula Fibonacci) ke bahagian lebih rendah di sekitar tahap 0.7350. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7421, dan diikuti oleh tahap 0.7481, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.7337. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih diniagakan di antara tahap 0.7379 dan 0.7285; Untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 94 pips (0.7379 - 0.7285). Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menebusi rintangan yang terletak pada tahap 0.7421, maka pasaran diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap 0.7285. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramal akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 0.7285 dengan sasaran untuk menguji tahap sokongan mingguan 2. Sebaliknya, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan 0.7421, maka senario ini mungkin akan terbatal.