Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan mempunyai minggu yang baik memandangkan ia telah diniagakan dalam aliran mendatar di antara tahap 1.3021 dan 1.2955. Penembusan harga di bawah tahap 1.2955 akan mendorong pasangan mata wang ini untuk bergerak ke arah kawasan utama seterusnya iaitu ke tahap 1.2897. Risiko penurunan harga masih kekal sebagaimana harga kekal berdagang di bawah SMA 200 pada carta 1H. Indikator MACD masih berada di wilayah positif, memihak kepada kenaikkan harga ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.3021 / 1.3080
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2955 / 1.2897
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.2955, take profit pada tahap 1.2867 dan stop loss pada tahap 1.3011.