Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat akan meneruskan pergerakkan penurunan harga yang ketara daripada tahap 0.7337 pada minggu lepas. Pasangan mata wang ini diniagakan susut daripada tahap 0.7337 kepada 0.7285, dan harga masih diniagakan dalam aliran menurun menuju ke tahap 0.7270 - 0.7337. Selain itu, kami menjangkakan julat dagangan di antara tahap 0.7337 dan 0.7201 (bahagian double top). Pada masa ini, tiada sebarang perubahan dalam tinjauan teknikal saya. Harga kekal cenderung kepada aliran penurunan harga dalam jangka masa pendek menguji tahap 0.7201 atau lebih rendah. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7337, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.7285.Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih diniagakan di antara tahap 0.7201 dan 0.7285; Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menebusi rintangan yang terletak pada tahap 0.7421, maka pasaran diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap 0.7285. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramal akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 0.7201 dengan sasaran untuk menguji bahagian bawah mingguan. Jika harga berjaya menembusi 'double bottom' pada tahap 0.7201, maka harga berpotensi untuk meneruskan pergerakkan ke sasaran yang seterusnya pada tahap sokongan mingguan 0.7109.Sebaliknya, jika harga menembusi tahap rintangan 0.7421 (rintangan utama), maka senario ini mungkin akan terbatal.