Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi dan meneruskan pergerakan menaik. Pasangan ini diniagakan di atas sokongan utama pada tahap 0.9690 (paras rendah 15 Ogos), yang sepatutnya mengehadkan pergerakkan penurunan harga. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Meskipun kesinambungan pengukuhan harga tidak berlaku, namun pergerkkan harga perlu dihadkan.
Bercakap mengenai ketegangan yang tercetus di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara, media negara Korea Utara melaporkan bahawa pemimpin Kim Jong Un telah menunda keputusan mengenai serangan peluru berpandu ke Guam dan beliau menunggu tindakan yang akan diambil oleh AS.
Mengenai laporan ekonomi, Jabatan Perdagangan A.S. melaporkan bahawa jualan runcit naik 0.6% pada bulan Julai, lebih tinggi daripada + 0.4% yang dijangkakan dan kenaikkan terbesar sejak Disember. Tidak termasuk kenderaan, penjualan runcit meningkat sebanyak 0,5%, masih lebih tinggi daripada + 0,4% yang diramalkan.
Oleh itu, di atas tahap 0.9690, perhatikan kenaikan harga yang selanjutnya ke tahap 0.9750 dan 0.9770.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9690, Take Profit: 0.9750
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9770, dan 0.9805
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9630, dan 0.9600