Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan penurunan harga daripada tahap 1.2928 (rintangan 1). Pasangan mata wang ini jatuh daripada tahap 1.3008, yang bertepatan dengan nisbah anjakan Fibonacci 61.8%, ke tahap harga yang lebuh rendah sekitar 1.2848. Tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 1.2928 diikuti oleh 1.3008, manakala sokongan harian 1 ditemui terletak pada tahap 0.6817. Selain itu, tahap 1.2848 mewakili titik pangsi mingguan kerana ia bertindak sebagai rintangan kecil. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menurun. Pasangan mata wang GBP/USD susut daripada tahap rintangan baru 1.2928 ke arah tahap pangsi pertama pada 1.2848 untuk mengujinya. Oleh itu, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.2848 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.2748. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.2748. Kemudian, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2748 untuk meneruskan ke arah sasaran seterusnya iaitu ke tahap 1.2668 dan 1.2588. Walau bagaimanapun, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.3008, maka sebaiknya anda menetapkan pesanan stop loss pada tahap 1.3028.