Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan 0.9558. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga dan harga dilihat berada pada tahap 0.9558. Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 0.9558. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lonjakan kenaikkan harga daripada tahap 0.9558 ke tahap tinggi sekitar 0.9670. Pada hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 0.9693, dan diikuti oleh tahap 0.9725, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.9558 (38.2% Penarikan semula Fibonacci). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih diniagakan di antara tahap 0.9639 dan 0.9725; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 86 pips. Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.9693. Maka, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9558 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9693 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya tahap 0.9725. Juga, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.9725 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk rintangan utama pada hari ini. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9558, maka senario ini mungkin akan terbatal.