Analisis Teknikal NZD/USD untuk 05 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara sejak minggu lalu. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal kami. Harga dilihat masih diniagakan dalam aliran menurun daripada tahap 0.7202 ke bahagian bawah di sekitar tahap 0.7142. Pada hari ini, harga semasa dilihat terletak pada tahap 0.7170. Tahap rintangan pertama dilihat berada pada 0.7202, dan diikuti oleh tahap 0.7239, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.7100. Selain itu, moving avergae (100) mula menunjukkan isyarat aliran menurun; oleh itu, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7142. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagangn untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.7142 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7100. Ia juga akan memanggil aliran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 0.7064 (sokongan 2). Sokongan harian yang kuat dilihat berada pada tahap 0.7064, yang mewakili 'double bottom' baru pada carta 1H. Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan diniagakan di antara tahap 0.7202 dan 0.7064 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 0.7202 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, pasangan mata wang ini akan diniagakan dalam aliran menurun selagi tahap 0.7202 ini tidak ditembusi Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD berjaya menembusi tahap rintangan 0.7239, maka stop loss harus ditetapkan pada harga 0.7280.