Gambaran Keseluruhan:
Pangsi: 0.9636. Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga daripada tahap sokongan 0.9558 pada carta 1H. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga dan harga dilihat berada pada tahap 0.9558- 0.9509. Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 0.9558. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lonjakan daripada tahap 0.9558 menghampiri ke tahap 0.9670. Pada hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 0.9693, dan diikuti oleh tahap 0.9725, manakala sokongan harian 1 ditemui pada tahap 0.9558 (38.2% Penarikan semula Fibonacci). Pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9550 dan 0.9636. Selian itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.9693, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9558 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9693 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya menguji tahap 0.9725. Juga, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.9725 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk rintangan utama pada hari ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta 4H, pasaran kini menunjukkan arah aliran menurun dan jika harga menembusi tahap sokongan 0.9500, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.