Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 September, 2017

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecednerungan kenaikkan harga di atas tahap 0.9525. Walaupun pasangan mata wang ini dilihat telah membuat penarikan semula harga, asas sokongan yang terletak pada tahap 0.9525 telah terbentuk dan telah membenarkan penstabilan sementara. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum penurunan harga.

Institut Pengurusan Bekalan (ISM) berkata indeks bukan pembuatan meningkat kepada 55.3 pada bulan Ogos berbanding 53.9 yang telah dicatatkan pada bulan Julai. Dalam Buku Beige, Rizab Persekutuan A.S. menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna dengan pertumbuhan sederhana dalam keseluruhan aktiviti ekonomi pada bulan Julai dan Ogos. Sementara itu, Naib Pengerusi Rizab Persekutuan A.S., Stanley Fischer mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebelum akhir penggalnya, atas sebab-sebab peribadi.

Kesimpulannya, selagi tahap 0.9525 melindungi aliran penurunan harga, terdapat kemungkinan bahawa lantunan semula harga ke tahap 0.9615 dan mungkin juga ke tahap 0.9640 akan berlaku.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss: 0.9525, Take Profit: 0.9615

Tahap Rintangan: 0.9615, 0.9640, dan 0.9685

Tahap Sokongan: 0.9490, 0.9460, dan 0.9410