Analisis Harian Indeks USDX untuk 08 September, 2017

Indeks USDX diniagakan melemah pada Khamis sebagaimana aliran penurunan harga mendominasi pasaran, fokus kini diarahkan ke tahap 90.30. Ini adalah senario yang mungkin kerana harga dilihat telah menembusi paras rendah 29 Ogos dan Bollinger Band mendorong kepada penurunan harga yang selanjutnya. Untuk aliran menaik, sekiranya Indeks USDX ini berjaya membuat lantunan semula harga, maka adalah diramalkan bahawa harga akan menguji SMA 200 sekali lagi pada carta 1H.

Tahap Rintangan Carta 1H: 93.09 / 94.04

Tahap Sokongan Carta 1H: 91.67 / 90.30

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 91.67, take profit pada tahap 90.30 dan stop loss pada tahap 93.04.