Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 September, 2017

EUR/USD: Pergerakan penurunan harga yang ditunjukkan oleh pasangan mata wang ini telah berakhir untuk dagangan jangka pendek. Harga telah diniagakan lebih tinggi hampir 170 pips dan yang menyokong prospek kenaikkan harga. Pergerakan menaik yang seterusnya berpotensi untuk mendorong harga diniagakan ke arah garis rintangan pada tahap 1.2100, 1.2150 dan 1.2200.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan pada tahap harga yang lebih rendah pada minggu ini, susulan daripada pengukuhan yang ditunjukkan oleh pasangan mata wang EUR/USD. Harga telah kehilangan kira-kira 170 pips, yang membawa kepada Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam pasaran. Pergerakan menurun dijangka akan berterusan, sebagaimana harga dilihat bergerak ke arah garis sokongan yang terletak pada tahap 0.9400, yang akan diuji pada hari ini atau minggu hadapan.

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak 200 pips pada minggu ini, yang membawa kepada kecenderungan kenaikan harga yang kuat di dalam pasaran. Sasaran yang seterusnya untuk aliran menaik didapati terletak di wilayah pengedaran pada tahap 1.3150 (yang telah diuji pada sebelum ini), 1.3200 dan 1.3250.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan susut dengan penurunan sekurang-kurangnya 220 pips pada minggu ini, yang membawa kepada corak Pengesahan Penurunan Harga yang jelas di dalam pasaran. Harga kini berada di bawah tahap bekalan 108.00, menuju ke tahap permintaan 107.50 (yang mungkin akan ditembusi untuk alirna menurun tidak lama lagi). Pergerakan menaik adalah berpotensi ekoran kelemahan yang dinyatakan pada mata wang USD serta JPY. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50, menunjukkan tekanan jualan yang berterusan.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan neutral dan pasaran kini menjadi semakin tidak menentu. Sekiranya pengukuhan harga semasa berterusan, ia boleh membawa kepada kecenderungan neutral di dalam pasaran. Sementara itu, penembusan harga ke tahap yang lebih tinggi atau ke tahap yang lebih rendah adalah diramalkan (sekurang-kurangnya 200 pips ke arah atas atau ke arah bawah), yang akan mengakhiri pasaran neutral semasa dan membawa kepada pergerakan arah aliran harga yang lebih jelas.