Analisis Teknikal USD/CHF untuk 12 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi tahap rintangan yang kini bertukar menjadi tahap sokongan kuat 0.9520 pada semalam. Tahap 0.9520 adalah bertepatan dengan nisbah emas (38.2% Fibonacci), yang diramalkan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menyatakan terlebih belian (overbought) sebagaimana harga diniagakan di atas 30. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga diniagakan dalam aliran menaik kerana harga masih kukuh di atas 'moving average' (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak naik dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan kata lain, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahao 0.9520 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9581. Oleh itu, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik menuju ke tahap 0.9581 dan seterusnya ke tahap 0.9623. Tahap 0.9623 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.9679. Sebaliknya, jika harga menembusi pada tahap sokongan 0.9483 (garis biru mendatar), maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.