Analisis Teknikal USD/JPY untuk 12 September, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan pemulihan yang kuat pada hari ini berbanding daripada tahap 109.50. Pada masa ini, ia terus diniagakan dalam aliran menaik dan disokong oleh kenaikkan 'Moving Average' 20, yang kekal berada di atas MA 50. Indeks kekuatan relatif masih berada di atas tahap neutral 50, mendorong aliran menaik untuk pasangan mata wang ini.

Oleh yang demikian, selagi pasangan mata wang ini diniagakan di atas tahap 108.80, maka ia diramalkan akan mensasarkan pergerakkan ke arah tahap 110.40 sebaik sahaja mencapai tahap 109.95.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 108.80 dengan sasaran diletakkan pada tahap 108.30.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss: 108.80, Take Profit: 109.95

Tahap Rintangan: 109.95, 110.40, dan 110.75

Tahap Sokongan: 108.30, 107.80, dan 107.40