Analisis Teknikal USD/CHF untuk 15 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF dilihat tidak membuat pergerakan harga yang ketara pada semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal kami. Pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi tahap rintangan yang bertukar menjadi tahap sokongan kuat pada tahap 0.9580. Tahap 0.9580 adalah bertepatan dengan nisbah emas (61.8% Fibonacci), yang dijangka akan bertindak sebagai tahap sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap telah terlebih belian (overbought) kerana harga berada di atas 30. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana ia masih kukuh di atas 'Moving Average' (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk meneruskan aliran menaik dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangka akan menunjukkan isyarat aliran menaik. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9624 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9679. Dari tahap ini, pasangan mata wang USD/CHF berkemungkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9679 dan seterusnya ke tahap 0.9710. Tahap 0.9710 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.9710. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap sokongan 0.9580, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Adalah diingatkan bahawa pesanan stop loss harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 0.9550.