Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan 0.7187 - 0.7231. Berdasarkan kepada carta 4H, harga dilihat berada dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh Indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih diniagakan dalamm pasaran menaik. Memandangkan harga masih berada di atas 'Moving Average' (100), sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 0.7231, yang bertepatan dengan nisbah emas (23.6% Fibonacci). Oleh yang demikian, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 0.7231. Pasaran berkemungkinan akan menyatakan tanda-tanda aliran menaik di sekitar kawasan 0.7187 - 0.7231. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas harga 0.7187 - 0.7231 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7293 (titik pangsi). Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7293, pasangan mata wang ini berpotensi untuk melonjak lebih tinggi menuju ke arah rintangan kedua 0.7343). Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk mempertimbangkan kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; ia harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 0.7131 (double bottom).