Semua sasaran kenaikan harga yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik dan merekodkan beberapa paras tinggi baru. Pasangan mata wang ini mencatatkan jurang apabila harga mencecah di atas Moving Average (MA) 20. Kenaikkan MA 50 menunjukkan bahawa harga berpotensi untuk melonjak naik lebih tinggi. Indeks kekuatan relatif mendorong kepada kenaikkan harga yang selanjutnya.
Kesimpulannya, selagi tahap harga 110.60 melindungi aliran penurunan harga, perhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.70 dan 112.10.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 110.60 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 110.30.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 110.60, Take Profit: 111.70
Tahap Rintangan: 111.70, 112.10, dan 112.55
Tahap Sokongan: 110.30, 109.85, dan 109.05