Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 1.3444. Pada minggu lalu, pasangan mata wang ini telah menyaksikan kenaikkan harga daripada tahap 1.3444 ke tahap tinggi sekitar 1.3610. Juga, perlu diingatkan bahawa lantunan semula harga daripada tahap 1.3610 akan ditetapkan pada tahap 1.3551. Minggu ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3610, dan diikuti oleh tahap 1.3732, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 1.3444. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini masih diniagakan di antara tahap 1.3444 dan 1.3610; oleh yang demikian, kami meramalkan bahawa harga akan melonjak naik sekurang-kurangnya 166 pips dalam tempoh dua hari. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada tahap 1.3610, maka adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat lebih tinggi mencecah ke tahap baru 1.3732. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3444 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3610 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3732. Juga, adalah penting untuk diingatkan bahawa tahap 1.3732 adalah lokasi yang terbaik untuk anda menetapkan kedudukan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Sebaliknya, kami masih cenderung kepada senario kenaikkan harga yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini akan kekal diniagakan di atas zon 1.3444 pada minggu ini.