Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 September, 2017
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini masih diniagakan di sekitar kawasan 0.9580-0.9679. Pasangan mata wang USD/CHF dilihat telah menembusi rintangan yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.9580 (sokongan utama). Tahap 0.9580 adalah bertepatan dengan nisbah emas (61.8% daripada Fibonacci), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap telah terlebih belian (overbought) sebagaimana harga diniagakan di atas 30. RSI masih memberikan isyarat aliran menaik kerana harga masih kukuh di atas 'Moving Average' (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak naik dalam beberapa jam yang akan datang.
Sehubungan itu, pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9624 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9679. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9679 dan seterusnya ke tahap 0.9710. Tahap 0.9710 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.9710. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan 0.9580, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Untuk meletakkan pesanan stop loss; ia harus ditetapkan di bawah sokongan kedua yang terletak pada tahap 0.9549.