Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 September, 2017

Sasaran menaik pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah berjaya dicapai. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan melanjutkan aliran menaik dan menyaksikan beberapa kenaikkan. Pasangan mata wang ini dilihat sedang membuat pengukuhan mendatar di atas tahap sokongan utama harian 151.00. Pengukuhan harga ini kelihatan seperti jeda dalam aliran menaik jangka pendek dengan momentum kenaikan harga yang kukuh. Akibatnya, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat pemulihan aliran menaik dalam sesi dagangan yang akan datang.

Para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 151.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 152.70 dan 153.40.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan daripada ramalan, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 151.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 150.15.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 151.00, Take Profit: 152.70

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 152.70, 153.40 dan 154.00

Tahap Sokongan:: 150.15, 149.35, dan 148.50