Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 September, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan kukuh pada 18 dan 19 September, dan diniagakan susut pada 20 September, namun pasangan mata wang ini telah membuat beberapa percubaan menaik pada 21 dan 22 September. Oleh kerana tidak ada pergerakkan yang jelas di antara kenaikkan dan penurunan harga, harga kekal diniagakan dalam aliran mendatar. Pada minggu ini, harga akan berada di atas garis rintangan pada tahap 1.2050 (diniagakan di atas tahap tersebut); atau harga akan turun di bawah garis sokongan pada tahap 1.1850 dan diniagakan di bawah tahap tersebut. Ini akan mewujudkan kecenderungan arah aliran harga.

USD/CHF: Pasaran ini diniagakan kukuh dalam dagangan jangka pendek. Harga mendatar dalam beberapa hari pertama pada minggu lalu, dan kemudian melonjak lebih tinggi. Harga diramalkan akan diniagakan lebih tinggi pada minggu ini, Corak Pengesahan Kenaikkan Harga yang jelas akan dilihat dalam pasaran. Walau bagaimanapun, pergerakan menurun daripada tahap ini akan membawa harga bergerak dalam aliran mendatar.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD mendatar sepanjang minggu lalu - namun dalam konteks aliran menaik. Diramalkan akan terdapat kenaikkan harga pada minggu ini, yang berkemungkinan besar akan memihak kepada prospek aliran menaik pada semua pasangan GBP diniagakan kukuh pada minggu ini. Zon pengedaran yang terletak pada tahap 1.3550, 1.3600 dan 1.3650 akan diuji sebelum akhir bulan.

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan kukuh pada minggu lepas dan menyaksikan kenaikkan pada Jumaat. Pasaran cenderung untuk diniagakan dalam aliran menaik dan pergerakan kenaikan harga dijangkakan pada minggu ini apabila harga turun ke tahap bekalan 112.50, 113.00 dan 113.50. Prospek dagangan bagi pasangan JPY adalah menaik untuk minggu ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY melonjak naik lebih tinggi pada minggu lepas, sebelum harga membuat pembetulan pada Jumaat. Pembetulan harga mungkin akan menjadi lebih jauh, tetapi ia mungkin tidak cukup signifikan untuk mengancam prospek kenaikan harga yang ada di dalam pasaran, ini menandakan bahawa pembetulan penurunan harga akhirnya akan memberi peluang kepada pedagang pasangan mata wang EUR/JPY ini untuk mengambil pesanan membeli pada harga yang lebih baik.