Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 111.95. Tinjauan teknikal bagi pasangan mata wang ini adalah menaik sebagaimana harga disokong oleh garis aliran menaik sejak 22 September lalu. Moving Average (MA) 20 meningkat dan berpotensi untuk menembusi di atas MA 50. Indeks kekuatan relatif mendorong kenaikkan harga baru.
Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi pada tahap 111.95, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kesinambungan aliran menaik ke tahap 112.60 dan juga ke tahap 113.00
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan, para pedagang dinasihatkan untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 111.95 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.60.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 111.95, Take Profit: 112.60
Tahap Rintangan: 112.60, 113.00 dan 113.45
Tahap Sokongan: 111.60, 111.20, dan 110.80