Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 26 September, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran penurunan harga pada Isnin, menjana isyarat kenaikan harga untuk dagangan jangka pendek. Kesinambungan aliran menurun adalah diramalkan dan harga berpotensi untuk mencapai garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1850 dan 1.1800 dalam tempoh beberapa hari yang akan datang.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah membuat penarikan semula harga semalam, walau bagaimanapun ia tidak mencukupi untuk membawa sebarang kecenderungan baharu di dalam pasaran. Pergerakan harga di bawah tahap sokongan 0.9500 akan menghasilkan isyarat menurun; manakala pergerakan di atas tahap rintangan 0.9750 akan membawa kepada pembaharuan isyarat kenaikan harga pada baru-baru ini.

GBP/USD: Terdapat isyarat bercampur-campur pada pasangan mata wang ini sekarang. Harga diniagakan sedikit rendah pada 25 September, dan ia hampir menjadi ancaman kepada prospek kenaikkan harga yang ada di dalam pasaran. Harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap ini; sekali gus mengukuhkan kecenderungan kenaikkan harga di dalam pasaran. Penurunan harga yang selanjutnya dari sini (sekitar 150 pips) berkemungkinan akan menghasilkan isyarat aliran menurun.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini memulakan dagangan pada minggu ini dengan sedikit penarikan semula harga - dan ia telah menjadi ancaman terhadap prospek kenaikkan harga yang terdapat di dalam pasaran. Pergerakan menurun di bawah tahap permintaan 110.50 akan menghasilkan isyarat penurunan harga, sementara pergerakan harga di atas tahap bekalan 112.50 akan memberikan lebih banyak sokongan terhadap isyarat kenaikan harga pada baru-baru ini

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY turun sebanyak 180 pip pada Isnin. Penurunan ini cukup besar untuk menimbulkan ancaman terhadap kecenderungan kenaikan harga pada baru-baru ini dan dagangan tidak menentu di dalam pasaran. Terdapat kemungkinan bahawa harga boleh melonjak naik daripada sini, berikutan kemerosotan pada mata wang yen. Pergerakan penurunan harga yang selanjutnya akan menjana isyarat melemah dalam pasaran.