Tinjauan Bulanan
Pada Januari 2015, pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan di bawah tahap permintaan utama berhampiran 1.2050-1.2100 (beberapa tahap harga rendah yang ditetapkan pada Julai 2012 dan Jun 2010). Oleh yang demikian, sasaran untuk aliran penurunan harga dagangan jangka panjang mensasarkan ke arah tahap 0.9450.
Pada Mac 2015, aliran menurun pada pasangan mata wang EUR/USD telah menguji tahap permintaan bulanan yang terletak berhampiran pada tahap 1.0500, yang sebelum ini telah dicapai pada Ogos 1997.
Untuk dagangan jangka masa panjang, tahap 0.9450 kekal sebagai sasaran yang dirancang jika graflilin bulanan mencapai penutupan menurun di bawah tahap permintaan bulanan yang digambarkan pada tahap 1.0500.
Walau bagaimanapun, pasangan mata wang EUR/USD ini telah terperangkap dalam julat pengukuhan yang digambarkan (1.0500-1.1450) sehingga mendorong harga untuk membuat penembusan menaik di atas tahap 1.1450.
Pergerakan kenaikkan harga semasa di atas tahap 1.1450 telah memberikan sokongan kepada harga untuk melonjak lebih tinggi ke arah tahap 1.2100 di mana tindakan harga patut diperhatikan untuk penolakan penurunan harga yang jelas dan kemasukan pesanan MEMBELI yang sah.
Tinjauan Harian
Pada Januari 2017, aliran menurun sebelum ini telah dibalikkan apabila corak Head and Shoulder dibangunkan di sekitar tahap 1.0500. Sejak daripada itu, momentum kenaikan harga yang jelas telah dinyatakan pada carta.
Seperti yang dijangkakan, momentum kenaikan harga yang berterusan telah membenarkan pasangan mata wang EUR/USD untuk meneruskan kesinambungan pergerakkan menaik ke arah 1.1415-1.1520 (Zon Bekalan harian Sebelumnya).
Zon bekalan harian gagal untuk memberhentikan sekita momentum kenaikan harga yang berterusan. Sebaliknya, penembusan kenaikkan harga jelas dilihat pada carta. Tahap bekalan seterusnya untuk pasangan mata wang ini terletak di sekitar tahap 1.2100 (Beberapa tahap harga rendah sebelumnya) di mana penolakan aliran penurunan harga dan kemasukan tawaran MENJUAL yang sah dijangkakan.
Sebaliknya, sekiranya harga membuat penarikan semula penurunan harga yang berterusan di bawah tahap 1.1800 (garisan aliran menaik yang digambarkan) dan pada tahap 1.1700, harga diramalkan akan jatuh dengan segera ke arah zon harga 1.1415-1.120 di mana para pedagang berpeluang untuk mengambil pesanan MEMBELI.