Spekulasi tentang masa hadapan :penarikan semula sekatan atau tidak?

Para optimis masih berharap bahawa sekatan ekonomi akan ditarik balik tidak lama lagi, kerana mereka beranggapan bahawa Amerika Syarikat dan Eropah bakal mengalami kerugian besar tanpa pasaran jualan Rusia dan mungkin akan memohon untuk mengubah segala-galanya kembali. Walau bagaimanapun, sesetengah pragmatis seperti ketua Bank Rusia, Elvira Nabiullina melihat perkara itu adalah lebih realistik dan percaya bahawa sekatan Barat akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga 2019.

Terdahulu, sekatan ekonomi telah dikenakan selepas Rusia merampas semenanjung Crimea dan menyokong tindakan ketenteraan di Ukraine. Kejatuhan harga minyak dunia adalah diantara kesan utama akibat daripada perlaksaan sekatan ekonomi yang memberi impak kepada bajet Rusia sebagaimana perdagangan minyak adalah sumber pendapatan utama negara itu, menyebabkan kemerosotan ekonomi. Baru-baru ini, media massa Rusia telah melaporkan bahawa sekatan ini adalah hukuman paling setimpal untuk ahli perniagaan Eropah, dan negara-negara Barat akan menyerah kalah pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Walaupun propaganda mempengaruhi pemikiran rakyat, profesional melakukan kerja mereka. "Membuat ramalan, kita mengambil kira bahawa sekatan akan kekal sepanjang tempoh tiga tahun," menurut Nabiullina. Beliau berpendapat bahawa sekatan tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada imbangan perdagangan. "Baik ruble atau inflasi akan mengalami tekanan, kerana imbangan perdagangan telah disesuaikan dengan kedua-dua sekatan dan harga minyak yang rendah," kata Pegawai Bank of Rusia.

Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa Rusia juga telah menyesuaikan diri nilai 1 euro bersamaan 74 Rubles dan 1 dolar AS bersamaan dengan63 Rubles, dan juga isu penyeludupan keju, gaji yang rendah dan faedah pencen yang kecil. Oleh itu, jika semua orang telah disesuaikan dengan keadaan semasa, tiada apa lagi yang perlu dibimbangkan.