Perjanjian OPEC berhubung pemotongan pengeluaran akhirnya telah berjaya dimuktamadkan pada 30 November selepas rundingan teliti dibuat. Kartel yang terdiri daripada 14 pengeluar minyak terbesar itu telah mencapai perjanjian untuk mengawal pengeluaran untuk kali pertama sejak 2008 dalam usaha untuk menstabilkan bekalan dan permintaan serta menyokong harga. Sebelum itu, OPEC membuat perjanjian tentatif Algiers pada September.
Perjanjian itu sebelum ini diramalkan akan menemui jalan buntu dalam kartel. Beberapa anggota OPEC mendakwa mereka dikecualikan daripada pemotongan pengeluaran. Akhirnya, kesemua negara OPEC datang untuk mencapai kesepakatan. Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, yang menyumbang satu pertiga daripada bekalan minyak global, memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.2 juta tong sehari, atau lebih 3%, kepada 32.5 juta tong sehari. Perjanjian itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2017 bagi tempoh 6 bulan. Selain itu, pelabur tenaga bersetuju dengan perlaksanaan langkah itu sebagaimana pengeluar bukan OPEC juga turut menyertai perjanjian itu. Rusia berjanji untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 300,000 tong sehari pada separuh pertama 2017. Walau bagaimanapun, beberapa penganalisis masih memberi amaran mengenai kebarangkalian yang tinggi bahawa lebihan minyak global akan menjadi isu hangat pada tahun depan.
Terdapat satu lagi masalah yang menimbulkan ancaman kepada keseimbangan pasaran minyak global. Pengerudi minyak syal AS lebih berdaya tahan kepada harga minyak yang rendah daripada yang dijangkakan. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat tenaga Amerika Syarikat telah melancarkan lebih banyak pelantar penggerudian dalam operasi. Dalam keadaan harga minyak yang semakin meningkat, pengeluar syal AS berkemungkinan besar akan membuka pelantar penggerudian baru.