Kenaikan jualan runcit Kanada Mencatatkan Bacaan di Dawah Ramalan

Menurut Statistik Kanada, jualan runcit di negara ini meningkat sebanyak 0.2% pada November 2016 selepas meningkat sebanyak 1.1% pada Oktober. Sementara itu, para penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 0.5% dalam jualan.

Nilai jualan runcit pada pelarasan bermusim dicatatkan sebanyak 45.23 bilion dolar Kanada. Berasaskan pada 12 bulan, jualan runcit nominal meningkat sebanyak 3% pada November.

Tidak termasuk sektor automotif, jualan runcit Kanada meningkat sebanyak 0.1% kepada 33.811 bilion dolar Kanada pada November. Berbanding tahun lalu, jualan tidak termasuk kereta meningkat sebanyak 3.4%.

Statistik Kanada juga mengumumkan data inflasi bagi Disember 2016. Indeks harga pengguna meningkat sebanyak 1.5% berbanding Disember 2015 berikutan kenaikan 1.2% pada November. Pada asas bulanan, harga menurun sebanyak 2.4% selepas jatuh sebanyak 0.4% pada bulan sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan inflasi tahunan akan mencatatkan 1.7% dan bacaan bulanan tidak berubah.