Belanjawan Rusia mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak tetapi tertekan dengan pengukuhan RUB

Pada masa ini, Rusia sedang meraikan kenaikkan harga minyak yang didorong oleh perjanjian pemotongan pengeluaran minyak yang telah ditandatangani oleh pengeluar OPEC dan pengeksport minyak utama di luar kartel itu, termasuk Rusia, pada November 2016. Selain itu, para peserta menaytakan komitmen mereka untuk kuota individu yang berkuat berkuat kuasa sejak Januari lalu. Ekonomi Rusia mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak sebagaimana akaun minyak dan gas adalah lebih 60% daripada eksport Rusia dan membentuk lebih 30% daripada KDNK negara.

Sejak harga minyak mentah melonjak naik, hasil fiskal kerajaan telah berkembang sebanyak 1.5 trilion Rubles. "Rundingan teliti dan perjanjian yang telah lama ditunggu-tunggu telah mencapai persetujuan dikalangan pengeluar OPEC dan bukan OPEC pada November 2016 yang telah memberikan rangsangan kepada harga minyak pada akhir tahun ini, dengan itu minyak mentah melonjak kepada $55 setong daripada $30 sebelum perjanjian itu dibuat," wakil Vladimir Voronkov, Rusia di organisasi antarabangsa di Vienna, memberikan kenyataan. Walau bagaimanapun, belanjawan Rusia kini diancam dengan masalah yang tidak dijangka. Baru-baru ini, ruble Rusia telah mengukuh sebanyak lebih daripada 5% berbanding dolar AS walaupun terdapat beberapa halangan. Kremlin tidak berminat dalam mata wang negara yang kukuh, oleh yang demikian, bank pusat telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah pengukuhan nilai pada mata wang ruble itu.

Ruble dianggap sebagai "mata wang petro", di mana kenaikkan harga minyak sudah pasti akan mendorong kenaikan harga untuk mata wang Rusia. Penganalisis komoditi tidak menjangkakan kenaikan yang ketara dalam harga minyak mentah. Paras harga semasa telah mempelawa syarikat-syarikat minyak AS untuk meningkatkan pengeluaran minyak syal, sedangkan pengeluar OPEC dan lain-lain pengeluar minyak yang besar memenuhi komitmen mereka. Sebagai kesimpulannya, peningkatan besar dalam inventori minyak AS dan pengeluaran mungkin akan menjejaskan hasil dari perjanjian OPEC.