China bakal melancarkan mata wang crypto sendiri

People's Bank of China (PBOC) berhasrat untuk mengeluarkan mata wang digital sendiri, sama seperti Bitcoin. Keputusan itu dibuat selepas membentuk sebuah pasukan penyelidikan pada tahun 2014.

Menurut bank itu, langkah itu adalah bertujuan untuk mengetatkan kawalan ke atas sektor perbankan oleh kerajaan.

Data rasmi menunjukkan bahawa rakyat China aktif menggunakan sistem pembayaran jarak jauh, oleh yang demikian, mata wang crypto ini diramal akan segera menjadi popular di negara ini. Pengguna di China lebih suka kaedah pembayaran online seperti Alipay atau WeChat. Walau bagaimanapun, penjual akan menghadapi beberapa masalah lain yang berkaitan dengan pembayaran digital yang diterima langsung daripada pembeli. Oleh itu, kos urus niaga akan dikurangkan dimana orang tengah akan dikecualikan daripada proses pembayaran barangan atau perkhidmatan.

Hasilnya, bank pusat China kini sudah bersedia untuk menjadi salah satu daripada bank-bank pusat pertama yang mengeluarkan mata wang digital. Keputusan ini diambil berdasarkan kepada pendapat bahawa jika ia tidak dapat mengawal mata wang crypto, China perlu untuk mengeluarkan mata wang digitalnya sendiri.

"Ketahui lebih jelas mengenai berapa banyak wang yang dipinjam dari bank-bank atau institusi kewangan, di mana wang itu pergi dan kadar penciptaan kredit adalah kunci untuk membendung pengubahan wang haram dan menjadikan dasar kewangan yang lebih berkesan," kata Duan Xinxing, naib presiden OKCoin Co. yang berpangkalan di Beijing, salah satu bursa Bitcoin terbesar di negara ini. Pelancaran mata wang digital akan membolehkan PBOC untuk memantau risiko dalam sistem kewangan dan memantau urus niaga ekonomi secara menyeluruh, katanya.