Sfera kewangan - kedua-dua nyata dan maya - menyaksikan detik yang malang. Buat pertama kali dalam rekod, kadar mata wang digital melonjak naik di atas kos per troy auns emas. Logam berharga, yang telah dianggap sebagai simbol kemakmuran untuk beribu-ribu tahun lalu dan telah digunakan sebagai instrumen pembayaran, memberikan laluan kepada Bitcoin.
Sesetengah pakar beranggapan bahawa mata wang crypto akan menjadi lebih popular walaupun dikenakan larangan di beberapa buah negara. Kebanyakan bank global telah menggunakan Bitcoins. Selain itu, sebahagian daripada mereka telah mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan mata wang crypto mereka sendiri. Ketua Deutsche Bank, John Cryan berpendapat bahawa mata wang maya ini mempunyai masa depan yang cerah. Beliau menjangkakan bahawa mata wang digital ini akan dapat menggantikan nilai wang kertas tunai yang pada gilirannya akan menjadi pengganti kepada emas. Bercakap mengenai Bitcoin, pengembangannya yang begitu drastik adalah benar-benar menarik. Sejak 2009, mata wang crypto ini ini telah muncul. Secara keseluruhannya, ia berjaya membuktikan bahawa mata wang digital ini mempunyai nilai. Permintaan semasa yang tinggi untuk wang maya ini menyumbang kepada kemungkinan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat akan meluluskan penciptaan pertukaran pertama yang menggunakan dana Bitcoin yang dikenali sebagai Winklevoss Bitcoin.
Selain itu, prospek Bitcoin adalah cerah kerana people's Bank of China akan memperkenalkan maat wang cryptonya yang tersendiri. Mungkin, ia akan menjadi bank pusat pertama yang mengeluarkan wang maya yang boleh digunakan untuk membeli apa-apa sahaja - dari membeli makanan hingga kepada kenderaan.