Posisi Beli Bersih Dana lindung nilai WTI Menurun

Spekulator pasaran minyak melahirkan rasa kurang yakin berikutan kenaikkan dalam harga minyak mentah WTI. Menurut Suruhanjaya Niaga Hadapan Dagangan komoditi Amerika Syarikat (CFTC), posisi membeli bersih dana lindung nilai pada WTI menurun sebanyak 4% pada minggu berakhir 21 Mac, manakala posisi menjual meningkat sebanyak 13%.

Oleh itu, perbezaan di antara pertaruhan pada kenaikan harga dan taruhan pada penurunan jatuh sebanyak 9.8% kepada 260.577 niaga hadapan dan options.

Data yang dikeluarkan oleh CFTC menunjukkan posisi membeli bersih turun sebanyak 37% berbanding rekod Februari yang mencatatkan peningkatan dalam pengeluaran minyak dan peningkatan inventori minyak mentah di Amerika Syarikat.

Pada minggu berakhir 17 Mac, stok simpanan minyak mentah AS meningkat kepada 533.1 juta tong, paras tertinggi sejak tahun 1982. Pengeluaran minyak meningkat kepada 9.13 juta tong sehari, tertinggi sejak Februari tahun lepas.

Menurut Baker Hughes, jumlah pelantar minyak di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 21 menjadikan jumlah keseluruhan pelantar sebanyak 652 pada minggu lepas, mencecah paras tertinggi sejak 11 September 2015. Jumlah perkiraan aktiviti pengerudian AS yang aktif, termasuk pelantar minyak dan gas asli, juga melonjak lebih tinggi sebanyak 20 kepada 809.