logo

FX.co ★ 25.01.2022: USD melenturkan otot dengan menjangkakan mesyuarat FOMC (DXY, USD/JPY, AUD/USD)

25.01.2022: USD melenturkan otot dengan menjangkakan mesyuarat FOMC (DXY, USD/JPY, AUD/USD)

Hai semua! Dalam tinjauan video sesi Asia hari ini, kita akan bercakap mengenai keluaran statistik makro baharu dari AS, Jepun dan Australia. Selain itu, kita turut akan bincangkan mengenai pergerakan pasangan-pasangan mata wang. Tonton video ini dan dapatkan berita forex terkini!

Semalam, Amerika Syarikat mendedahkan data mengenai Indeks PMI Komposit. Indeks ini membantu mengukur keadaan ekonomi semasa. Laporan tersebut menunjukkan bacaan menjunam kepada 50.8 pada Januari 2022 daripada 57.0 pada Disember, ia berkembang pada kadar paling perlahan sejak Julai 2020. Syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan melaporkan bahawa aktiviti menjadi perlahan dengan ketara berikutan oleh permintaan yang lemah, gangguan rantaian bekalan serta tenaga buruh. Kekurangan-kekurangan itu dicetuskan oleh penularan wabak yang terbaru varian Omicron. Selain itu, indeks keyakinan perniagaan menurun berikutan peningkatan inflasi dan reaksi pengguna terhadapnya.

Esok, Fed akan mengumumkan keputusan mesyuaratnya. Memandangkan laporan ekonomi yang lemah baru-baru ini, kebimbangan pelabur bahawa dasar monetari yang agresif dari Fed mungkin mencetuskan kemelesetan ekonomi dan ia kelihatan agak munasabah. Sebagai contoh, bacan PMI Pembuatan telah menurun kepada 50.0.

Dolar AS berjaya meningkat lebih tinggi semalam menjelang mesyuarat Fed. Hari ini, indeks dolar AS, yang mengukur kekuatan dolar AS berbanding sekumpulan enam pesaing utama, didagangkan berhampiran tahap 95.98. Ia berkemungkinan kekal dalam julat diantara 95.70 - 96.30.

Seterusnya, Yen kini dilihat agak lemah. Bank of Japan berpegang kepada dasar monetari ultra lembut, yang berkemungkinan mengakibatkan gaji dan inflasi yang lebih tinggi. Semalam, pasangan dolar/yen meningkat sebanyak 25 pip. Walau bagaimanapun,ia tidak dapat menahan aliran menurun. Pasangan mata wang ini pasti akan meneruskan pergerakan menurun jika para pedagang bear menolaknya di bawah tahap sokongan 113.25. Pada ketika ini, pasangan matawang ini didagangkan pada 113.89. Penunjuk teknikal turut mengisyaratkan penurunan selanjutnya. Hasilnya, pasangan mata wang itu berkemungkinan akan turun naik dalam julat diantara 114.30 – 113.10.

Sekian berita pasaran utama untuk hari ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin berkongsi pendapat anda dengan kami, sila tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih kerana menonton! jumpa lagi!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel