logo

FX.co ★ Analisis Harian Emas untuk 28 September, 2017

Analisis Harian Emas untuk 28 September, 2017

Analisis Harian Emas untuk 28 September, 2017

Gambaran Keseluruhan

Harga emas telah menyaksikan penembusan harga pada sasaran ramalan kami yang terletak pada tahap $1,281.17 dan menutup pada tahap tersebut, sementara saluran penurunan harga dilihat terus memberikan tekanan kepada harga yang disokong oleh EMA50. Ini telah mendorong kami untuk mencadangkan kecenderungan penurunan harga yang lebih rendah dalam sesi dagangan yang akan datang untuk harga menembusi pada tahap yang telah dinyatakan sekaligus membuka jalan untuk harga meneruskan gelombang penurunan harga ke tahap $1,263.15. Oleh yang demikian, arah aliran menurun akan kekal dominan dalam urusniaga harian dan dagangan jangka pendek melainkan jika harga berjaya menembusi pada tahap $ 1,299.20 dan mengukuh di atasnya. Penembusan harga ini merupakan sasaran positif pertama untuk menghentikan tekanan negatif semasa dan membolehkan harga kembali diniagakan dalam arah aliran menaik ama. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan $1,270.00 dan tahap rintangan $ 1,295.00.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan