EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan jatuh sebanyak 200 pips pada minggu lepas, turun di bawah garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1750 dan harga kemudiannya ditutup di atas garis sokongan 1.1800. Minggu ini, adalah diramalkan bahawa harga diniagakan dalam kesinambungan aliran menurun (yang bermaksud kenaikkan semasa dalam konteks aliran menurun adalah satu lagi peluang untuk para pedagang mengambil pesanan menjual pada harga yang lebih baik), sebagaimana harga dilihat sedang bergerak ke arah garis sokongan pada tahap 1.1800, 1.1750 dan 1.1700. Tinjauan pada pasangan mata wang EUR adalah sangat lemah untuk bulan Oktober, oleh itu, EUR berkemungkinan akan menyaksikan penurunan berbanding pasangan utama yang lain.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan dalam aliran menaik. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD terus diniagakan dalam aliran menurun, maka pasangan mata wang USD/CHF akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Satu lagi halangan terhadap kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini adalah stamina yang dijangkakan dalam mata wang CHF itu sendiri (yang akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang). Walau bagaimanapun, aliran menaik akan mendominasi pasaran dengan ketara pada penghujung bulan ini, kerana mata wang USD dijangkakan akan mula mengumpul momentum menaik.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD secara umumnya diniagakan kukuh pada bulan September, memadamkan pembetulan penurunan harga yang disaksikan pada minggu lepas. Harga turun sebanyak 200 pips sekaligus telah menghasilkan Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam pasaran. Pergerakan penurunan harga yang selanjutnya dijangkakan pada minggu ini kerana harga dilihat mensasarkan pergerakkan ke arah wilayah pengumpulan yang masing-masing terletak pada tahap 1.3350, 1.3300 dan 1.3250. Tinjauan pada pasangan GBP adalah melemah untuk minggu ini, dan oleh itu, pesanan membeli adalah tidak disyorkan.

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini menyaksikan lonjakan menaik 450 pips sejak 11 September, dan ia telah menghasilkan isyarat kenaikan harga yang masih sah. Pada minggu dan bulan ini, pergerakan pasaran akan ditentukan oleh apa sahaja yang berlaku kepada mata wang USD. Pengukuhan mata wang USD akan menandakan bahawa pasaran akan meneruskan pergerakkan menaik, manakala kelemahan pada mata wang USD akan menyebabkan penurunan harga yang berlarutan yang akhirnya boleh membawa kepada isyarat "menjual".

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan lemah pada Isnin dan Selasa dan kemudian mengukuh sepanjang minggu lepas. Walau bagaimanapun, pemerhatian yang lebih dekat mendapati bahawa aliran menaik perlahan-lahan telah menolak pasaran untuk diniagakan lebih tinggi: sekaligus menyelamatkan prospek kenaikan harga pada baru-baru ini. Harga berpotensi untuk meneruskan dagangan dalam aliran menaik - dan jika EUR terlalu lemah - harga berkemungkinan akan jatuh.

