
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD ini telah menghadapi sokongan utama pada tahap 0.7131 yang mewakili 'double bottom' di dalam carta 4H. Oleh itu, rintangan yang kuat telah ditembusi pada tahap 0.7131 dan pasangan mata wang ini diramalkan akan cuba mendekatinya untuk menguji semula tahap tersebut. Tahap 0.7131 mewakili 'double bottom' sebagaimana ia berfungsi sebagai sokongan kecil pada minggu ini. Selain itu, pasangan mata wang NZD/USD masih diniagakan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan baru 0.7131. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan bergerak di antara tahap 0.7131 dan 0.7167. Di samping itu, RSI masih memberikan isyarat bahawa aliran harga berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi kerana ia kekal kukuh di atas 'Moving Average' (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk melonjak lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangka akan menunjukkan tanda-tanda kenaikkan harga. Para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7167/0.7131 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7247. Sekiranya harga berjaya menembusi rintangan pertama yang terletak pada tahap 0.7247, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meningkat lebih tinggi menuju ke arah rintangan mingguan 2 yang terletak pada tahap 0.7319 (adalah diingatkan bahawa 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7435). Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus ditetapkan pada tahap 0.7100 sebagaimana gelombang penurunan akhir dilihat pada harga 0.7131.
