logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah melakukan pergerakan menurun dalam jangka pendek. Terdapat sedikit kenaikan harga pada hari Selasa, tetapi harga masih bergerak ke arah bawah, sasaran tahap sokongan pada 1.1750, 1.1700 dan 1.1650 dalam beberapa hari dagangan berikutnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini menunjukkan pergerakan penurunan harga semalam - dalam konteks aliran kenaikan harga. Terdapat pergerakan menaik yang terhad pada pasangan ini sehingga minggu hadapan apabila jelas menunjukkan USD memperoleh stamina, yang akan membawa kepada pergerakan kenaikan harga yang lebih tinggi di pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD berada dalam mod pergerakan penurunan harga. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga dalam carta 4 jam, kerana harga telah menurun di sekitar 280 pips semenjak awal minggu lalu. Terdapat sedikit pengukuhan harga semalam, tetapi peningkatan momentum dijangka berlaku pada bila-bila masa, dimana harga membawa kepada pergerakan ke arah bawah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini didagangkan lebih rendah semalam dan telah menjadi ancaman kepada kecenderungan kenaikan harga pasaran baru-baru ini. Tempoh RSI 14 telah melepasi tahap 50 ke arah bawah, dan apabila EMA 11 melepasi EMA 56 ke arah bawah, kecenderungan pasaran harga akan memihak kepada penurunan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah mengukuh pada minggu ini, tanpa pergerakan harga yang jelas. Pengukuhan selanjutnya akan membawa kepada kecenderungan neutral di pasaran. Untuk mengakhiri kecenderungan neutral, harga perlu bergerak di atas zon bekalan pada tahap 124.00 atau bergerak di bawah zon permintaan pada 131.00, mewujudkan pergerakan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama Untuk 4 Oktober, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan