
Tinjauan Harian
Pada Februari 2017, arah aliran menurun untuk jangka pendek dilihat berada di sekitar zon bekalan yang digambarkan (0.7310-0.7380).
Walau bagaimanapun, penembusan kenaikan harga semasa di atas garis aliran menurun telah berlaku pada 22 Mei. Sejak daripada itu, pasaran harga telah diniagakan dalam aliran menaik seperti yang digambarkan pada carta.
Zon harga 0.7150-0.7230 (Zon-Utama) kekal sebagai tahap rintangan sementara sehingga penembusan kenaikkan harga dinyatakan di atas tahap 0.7230.
Ini akan mendorong kepada kesinambungan pergerakan menaik ke arah zon bekalan yang seterusnya di sekitar tahap 0.7310-0.7380 yang telah ditembusi buat sementara waktu untuk harga bergerak lebih tinggi.
Penarikan semula penurunan harga baru-baru ini dilaksanakan di sekitar harga 0.7310-0.7380 (zon permintaan baru yang ditubuhkan) dimana harga gagal menawarkan sokongan kenaikan harga yang cukup untuk pasangan mata wang NZD/USD.
Pengukuhan semula harga di bawah tahap harga 0.7300 meningkatkan pergerakan penurunan harga pasaran. Dimana ini akan menggerakkan pasangan mata wang NZD/USD sekali lagi ke arah 0.7230-0.7150 (tahap-utama) di mana pemulihan kenaikkan harga baru-baru ini telah ditunjukkan pada awal bulan September.
Corak "head and shoulder" dinyatakan pada carta yang digambarkan yang menunjukkan kebarangkalian pembalikan penurunan harga.
Tahap harga semasa 0.7320-0.7350 boleh diperhatikan untuk kemasukan JUAL yang sah jika penolakan harga yang mencukupi dinyatakan.
Penembusan "neck line" di sekitar tahap 0.7150 mengesahkan corak pembalikan harga. Dimana jangkaan sasaran penurunan harga berada di sekitar tahap 0.7050, 0.6925 dan akhirnya 0.6800.
