logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

EUR/USD: Sejak 25 September yang lalu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah mengalami penurunan hampir 200 pip. Keadaan semasa pasaran memihak kepada pesanan menjual sewaktu kenaikkan harga jangka pendek (seperti yang ditunjukkan oleh tindakan harga pada baru-baru ini). Harga diniagakan di bawah garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1700, namun harga menutup di atas tahap tersebut pada Jumaat. Sebaik sahaja harga beralih kepada aliran menurun, satu lagi peluang yang nyata akan muncul, yang akan membolehkan para pedagang mengambil pesanan menjual pada harga yang lebih tinggi dan lebih baik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah diniagakan tinggi untuk beberapa minggu kebelakangan ini, bergerak dengan pantas di atas tahap rintangan 0.9850, dan harga menutup di bawahnya pada hari Jumaat. Tinjauan di dalam pasaran adalah menaik untuk minggu ini, walau bagaimanapun pergerakan kenaikan harga adalah terhad selagi mata wang CHF tidak ditembusi. Pengukuhan harga yang berterusan juga akan disokong untuk beberapa waktu oleh kelemahan pada pasangan mata wang EUR/USD.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan rendah hampir 320 pip pada minggu lepas, di mana harga telah menurun lebih daripada 480 pip sejak 25 September, apabila isyarat "menjual" awal dihasilkan. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga yang ketara di dalam pasaran, dan pergerakan harga ke tahap yang lebih rendah adalah diramalkan pada minggu ini. Walau bagaimanapun, adalah diramalkan bahawa akan terdapat kenaikkan harga sebelum hujung minggu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

USD/JPY: Instrumen perdagangan ini dapat mengekalkan kenaikkannya meskipun terdapat fasa keseimbangan yang berterusan di dalam pasaran. Pergerakan harga di atas tahap bekalan 114.00 akan mengesahkan kecenderungan kenaikkan harga untuk dagangan jangka panjang, manakala pergerakan harga di bawah tahap permintaan 111.00 akan menyebabkan kecenderungan aliran menurun. Salah satu daripada kedua-dua syarat ini akan dipenuhi pada minggu ini, sebagaimana diramalkan bahawa momentum akan mula hilang keseimbangan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik untuk dagangan jangka masa panjang, tetapi menurun dalam jangka masa pendek. Harga tidak menyaksikan sebarang pergerakkan harga yang ketara pada minggu lepas, walau bagaimanapun tinjauan yang lebih dekat menunjukkan bahawa pasaran telah menyatakan aliran penurunan harga, dan ini mungkin akan menolak harga untuk diniagakan lebih rendah pada minggu ini, sebagaimana harag telah menguji zon permintaan pada tahap 132.00, 131.50, dan 131.00. Tetapi ini tidak mencukupi untuk menjadi ancaman kepada kecenderungan kenaikkan harga secara keseluruhannya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 09 Oktober, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan