
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF ini telah menembusi rintangan yang bertukar kepada sokongan yang kuat pada tahap 0.9708.
- Tahap 0.9708 ini bertepatan dengan nisbah 23.6% Fibonacci, yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama hari ini.
- Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap telah terlebih belian (overbought) sebagaimana ia diniagakan di atas 30. RSI masih menyatakan isyarat aliran menaik kerana ia masih mengukuh di atas Moving Average (MA)(100).
- Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang.
- Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan tanda arah aliran menaik. Dengan kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 0.9708 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9772.
- Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9816 dan seterusnya ke tahap 0.9836.
- Tahap 0.9816 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' sudah ditetapkan pada tahap 0.9836.
- Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9700, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.
