logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Oktober, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Oktober, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Oktober, 2017

Kesemua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis harian pada Jumaat telah berjaya dicapai. Pasangan mata wang GBP/JPY kini diniagakan pada julat harga yang lebih tinggi dan diramalkan akan meneruskan pergerakkan. Pasangan mata wang ini berada pada tahap sokongan urusniaga harian utama pada tahap 149.45 sebelum melantun semula lebih tinggi dan berdagang di bahagian atas Bollinger Band. Pada masa ini, harga disokong oleh Moving Average (MA) 20 yang meningkat di atas MA 50. Indeks kekuatan relatif kekal berada pada tahap neutral 50, yang menyatakan kesinambungan momentum menaik untuk pasangan mata wang. Tinjauan harian kekal memihak kepada aliran menaik, dan pasangan mata wang GBP/JPY ini harus meneruskan pergerakkan menuju ke arah sasaran menaik pertama pada tahap 150.55.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah dicadangkan kepada para pedgaang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 148.20 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 149.40.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 149.45, Take Profit: 150.55

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 150.55, 151.00 dan 151.75

Tahap Sokongan: 149.00, 148.60, dan 148.00

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan