logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 23 Oktober, 2017

Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Pasangan mata wang ini disokong oleh garis aliran menaik sejak 20 Oktober, sekaligus mengesahkan tinjauan positif. Kedua-dua kenaikan pada Moving Average 20 dan 50 mencadangkan bahawa harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi. Indeks kekuatan relatif berada di atas paras neutral 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga.

Oleh yang demikian, di atas tahap 0.9820, pasangan mata wang ini diramalkan akan menghadapi cabaran baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9865 dan 0.9900.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9820, Take Profit: 0.9900

Tahap Rintangan: 0.9900, 0.9935, dan 0.9985

Tahap Sokongan: 0.9795, 0.9770, dan 0.9730

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan