EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi pada minggu ini sekaligus menghasilkan isyarat kenaikan harga. Harga kini diniagakan di atas garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1800, menuju ke garis rintangan 1.1850 (sasaran pertama), Selepas itu, garis rintangan lain pada tahap 1.1900 kini menjadi sasaran pasangan mata wang EUR/USD. Beberapa laporan fundamental yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini berpotensi untuk memberi kesan ke atas pasaran.

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini menyaksikan kenaikkan yang ketara di atas tahap rintangan 0.9900 dan ianya kemudian jatuh di bawah tahap tersebut (disebabkan oleh stamina pada pasangan mata wang EUR/USD). Pasaran diramalkan akan meneruskan pergerakkan menurun menuju ke arah sokongan yang terletak pada tahap 0.9850, yang akan ditembusi untuk aliran menurun pada minggu ini.

GBP/USD: Merujuk kepada carta, dilihat terdapat isyarat kenaikan harga pada pasangan mata wang GBP/USD. EMA 11 telah menembusi EMA 56 ke arah lebih tinggi dan RSI dengan tempoh 14 telah melintasi tahap 50, juga untuk aliran menaik. Ini adalah merupakan Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam carta 4 jam, dan walaupun kelihatan seolah-olah terdapat pengukuhan harga di dalam pasaran, harga dijangka akan diniagakan pada paras yang lebih tinggi apabila volatiliti pasaran meningkat.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat telah menguji tahap bekalan yang terletak pada 114.00 dan kemudiannya diniagakan lebih rendah. Masih terdapat kemungkinan bahawa harga akan meningkat dari sini, kecuali apabila harga jatuh di bawah tahap permintaan 112.50, yang memerlukan tekanan jualan yang kuat. Sekiranya pasaran naik dari sini, tahap bekalan 114.00 akan diuji sekali lagi, dan harga diramalkan akan berjaya menembusinya.

EUR/JPY: Pasangan ini telah diniagakan dalam aliran mengukuh sehingga minggu ini. Harga telah meningkat selepas menyaksikan penurunan pada Isnin dan pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang menghampiri zon bekalan yang terletak pada tahap 134.50 (telah diuji). Zon bekalan akan ditembusi untuk kenaikan harga.

