EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik pada minggu lalu, melonjak naik sebanyak 200 pips dan menguji garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1850. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan sedikit penarikan semula harga, walau bagaimanapun, harga berpotensi untuk diniagakan kembali dalam aliran menaik untuk menguji garis rintangan (ia berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menaik). Terdapat garis sokongan pada tahap 1.1700 dan 1.1650, yang berkemungkinan akan cuba menghalang mana-mana percubaan penurunan harga.

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang ini diniagakan lemah pada minggu ini. Harga dilihat berusaha untuk diniagakan lebih tinggi pada Khamis, walau bagaimanapun harga jatuh lagi pada Jumaat, sekaligus menyokong kecenderungan penurunan harga di dalam pasaran. Minggu ini, pergerakan penurunan harga yang selanjutnya mungkin akan membolehkan harga mencapai tahap sokongan 0.9850 dan 0.9800.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini pada dasarnya diniagakan neutral dan ia telah berlanjutan selama 4 minggu. Untuk mengakhiri dagangan mendatar, harga perlu bergerak di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.3300; atau bergerak di bawah wilayah pengumpulan pada tahap 1.3050. Selagi harga diniagakan di antara kedua-dua sempadan yang disebutkan di atas, kecenderungan pasaran akan kekal neutral

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan jelas dalam aliran penurunan harga, dengan kesinambungan pergerakan menurun pada Jumaat. Ia telah menghasilkan Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam pasaran, dan tahap permintaan 111.50 berkemungkinan akan diuji. Walau bagaimanapun, terdapat lonjakan kenaikkan harga sebelum hujung minggu ini, yang berpotensi untuk mengancam prospek penurunan harga.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik pada minggu lepas, bergerak dengan pantas di atas zon bekalan pada tahap 133.50. Sekiranya harga kekal diniagakan di atas zon bekalan, maka pasaran akan kekal menaik. Walau bagaimanapun, harga dilihat telah bergerak lebih rendah hampir 160 pip sejak minggu lalu (133.87) dan menutup pada tahap 132.15. Pergerakan penurunan harga yang selanjutnya adalah berkemungkinan sebelum harga membalikkan arah pergerakkan harga pada minggu ini.

