
Pasangan mata wang NZD/USD ini menyaksikan lantunan semula harga daripada tahap 0.6795 dan diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini juga dilihat telah menembusi sokongan utama pada tahap 0.6795, yang mewakili tahap mendatar dan Moving Average (MA) 50 semasa. Indeks kekuatan relatif kini menaik, tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga.
Dalam kes ini, selagi sokongan yang terletak pada tahap 0.6820 ini masih belum ditembusi, risiko penembusan harga di atas tahap 0.6865 kekal tinggi. Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang NZD/USD ini ditetapkan pada tahap 0.6880.
Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.6865, 0.6880, dan 0.6915
Tahap Sokongan: 0.6780, 0.6755, dan 0.6720
