
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD telah menembusi tahap baru pada 0.6779. Hari ini, pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun daripada tahap 0.6800. Minggu lalu, pasangan mata wang ini jatuh daripada tahap 0.6800 menghampiri ke tahap 0.6779. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat berada pada tahap 0.6800, dan diikuti oleh tahap 0.6943, manakala sokongan harian 1 terletak pada tahap 0.6779. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.6800 dan 0.6703; Justeru itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 97 pips (0.6800 - 0.6703). Jika pasangan mata wang NZD/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 0.6800, pasaran akan meneruskan penurunan sehingga mencecah ke tahap 0.6779 sekali lagi. Ini akan mencetuskan pasaran melemah kerana indikator RSI masih berada di kawasan yang positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda aliran pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan jatuh lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 0.6703 dengan mensasarkan titik pnagsi harian untuk ujian harga. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap rintangan 0.6943 (double top), maka senario ini mungkin akan terbatal, atau tidak sah.
