
Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang USD/JPY ini menyambungsemula kecenderungan aliran menaik dan menghampiri ke tahap rintangan utama 111.90. Sila ambil perhatian bahawa EMA50 terus membentuk tekanan negatif dalam urus niaga harian, sementara stokastik terus bergerak di kawasan 'overbrought'. Oleh yang demikian, kami percaya bahawa peluang kekal sah sekaligus membolehkan pasangan mata wang ini membuat penarikan semula harga dan meneruskan arah aliran menurun. Sasaran pertama untuk aliran menurun setelah menembusi 111.00 akan mengesahkan gelombang penurunan harga yang selanjutnya ke arah tahap 110.15. Adalah penting untuk diingatkan bahawa pengukuhan harga di bawah tahap 111.90 mewakili keadaan utama untuk kesinambungan aliran menurun yang diramalkan. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 110.50 dan tahap rintangan 112.30.
