logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah menghadapi cabaran yang besar pada minggu lalu - yang mengancam prospek kenaikkan harga semasa di pasaran. Walau bagaimanapun, aliran menaik berjaya mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga pada Khamis sebagaimana harga dilihat telah meningkat sedikit lebih tinggi. Pergerakkan kenaikkan yang selanjutnya dijangkakan akan berlangsung pada minggu ini, kerana harga berpotensi untuk mensasarkan pergerakkan ke garis rintangan pada tahap 1.1900, 1.1950 dan 1.2000. Sebaliknya, aliran menurun akan menemui garis rintangan yang terletak pada tahap 1.2000.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang ini dilihat berusaha untuk mengadakan aliran menaik pada minggu lepas, tetapi usaha kenaikkan harga tersebut telah ditolak di sekitar tahap rintangan 0.9850 (dimana harga telah menembusi ke arah atas, tetapi harga tidak dapat kekal diatas tahap tersebut). Terdapat penarikan semula harga yang ketara pada Jumaat, yang memberikan lebih banyak tekanan terhadap kecenderungan penurunan harga semasa. Tidak akan ada kenaikkan harga yang ketara pada pasangan mata wang USD/CHF selagi EUR/USD masih menunjukkan kekuatannya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

GBP/USD: Usaha kenaikan harga yang berterusan pada pasangan mata wang GBP/USD kini telah mendatangkan hasil, apabila harga menyaksikan kenaikkan sebanyak 460 pip sejak 13 November yang lalu. Kelihatan terdapat sedikit pembetulan penurunan harga pada Jumaat lalu, yang mana harga dijangkakan akan meneruskan kesinambungan kenaikkan harga, dengan mensasarkan pergerakkan ke wilayah pengedaran pada tahap 1.3500, 1.3550 dan 1.3600.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

USD/JPY: Kecenderungan pada instrumen dagangan mata wang ini pada dasarnya adalah melemah. Selepas menguji tahap bekalan 114.50 pada November lalu, harga telah jatuh sebanyak 330 pips. Walau bagaimanapun, terdapat percubaan kenaikkan harga pada minggu lepas, yang membolehkan penjual memasuki pasaran pada harga yang sangat baik, harga bergerak rendah dari sini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan tidak menentu dalam dagangan jangka panjang dan diniagakan dalam aliran menaik untuk dagangan jangka pendek. Harga melemah pada Isnin dan Selasa, mencapai zon permintaan yang terletak pada tahap 132.00 dan kemudiannya melonjak naik pada Rabu. Zon bekalan 134.00 telah ditembusi sebelum terdapat pembetulan penurunan harga yang berterusan. Harga harus meningkat lebih tinggi pada minggu ini, mencapai zon bekalan pada tahap 134.00, menembusinya untuk aliran menaik, dan meletakkan lebih banyak tekanan terhadap kecenderungan kenaikkan harga baru.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Disember, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan