logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 06 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 06 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 06 Disember, 2017

Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang ini mengukuh di atas tahap sokongan di sekitar 0.9835, dan kemungkinan akan menyaksikan lantunan semula harga.

Garis aliran menaik urusniaga harian mengekalkan tekanan membeli yang kukuh bagi pasangan mata wang ini. Selain itu, indeks kekuatan relatif kekal di atas paras neutral 50.

Kesimpulannya, selagi tahap 0.9835 berupaya menghalang aliran menurun, harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik menuju ke tahap 0.9940 dan 0.9970.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9835, Take Profit: 0.9940

Tahap Rintangan: 0.9940, 0.9970, dan 1.0015

Tahap Sokongan: 0.9815, 0.9785, dan 0.9730

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan