logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Disember, 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Swissy (Mata wang Franc) menembusi tahap tinggi baru pada 0.9950. Juga, perlu diingatkan bahawa pasangan mata wang USD/CHF telah diniagakan rendah lebih daripada 20 pip selepas mencapai tahap tinggi baru. Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.9806. Semalam, pasangan mata wang ini telah melonjak dari tahap 0.9806 ke tahap yang lebih tinggi di sekitar kawasan 0.9921 (pangsi). Hari ini, tahap rintangan pertama didapati terletak pada tahap 0.9972, dan diikuti oleh tahap 1.0037, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.9886. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF dilihat masih bergerak di antara tahap 0.9886 dan 1.0037; untuk itu, kami menjangka julat dagangan 151 pip (1.0037 - 0.9886) dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap sokongan 0.9886, pasaran dijangkakan akan terus naik ke tahap 0.9972. Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga kerana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan aliran harga. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 1.0037 dengan mensasarkan untuk menguji 'double top'. Sebaliknya, sekiranya penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9890, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan